salam sejahtera untuk semua. lama dah rasanya tak membebel kat sini. asyik dok copy & paste je haha.. tak lama lagi Hari Ibu bakal disambut serata dunia. seronok kan, bila kita berpeluang untuk menyambutnya bersama2 seluruh anggota keluarga? bagi yang sudah tiada ibunya didunia ni, tak perlulah bersedih kerana teman percaya.. si ibu tetap menjadi insan yang pertama bertakhta dihati walau sudah tiada lagi dimuka bumi.
sebut pasal Hari Ibu ni, mungkin ramai yang ternanti2 untuk menyambutnya. baik dengan membawa ibu berjalan2/bersiar2, bershoping, makan-makan, mahupun menyambutnya dirumah dengan memberi hadiah atau apa sahaja program bagi melambangkan penghargaan kita kepada ibu tercinta..
tapi.. perlulah kita ingati, sepertimana sambutan hari2 lainnya (seperti sambutan Hari Kekasih) perlulah kita berhati2 dalam kita ghairah menyambut hari-hari sebegini. baru2 ni banyak tag dari facebook yang teman dapat dari rakan2 perihal Sambutan Hari Ibu dan Rosak Akidah. apa kaitannya Hari Ibu dengan akidah? bukan ke ianya sesuatu yang "baik" untuk kita lakukan? ..atau kita yang tersalah perhitungan? ..atau, ada yang saja nak memandai2 membuat onar dan membingungkan lagi diri kita yang serba jahil ni?
sambutan Hari Ibu (Mother's Day) ialah Hari Mother Church atau senang cakap hari dimana umat2 Kristian menyambutnya bagi memperingati (kurang pasti dengan ayat memperingati ni..) ~ "The Protection of the Mother of God is one of the most beloved feast days on the Orthodox calendar among the Slavic peoples. The feast is celebrated additionally on October 28 in the Greek tradition. It is also known as the feast of the Virgin Mary's Cerement." sepertimana juga adanya sambutan Hari Bapa (Father's Day)
tapi.. betul ke dengan kita menyambut Hari Ibu ni membuatkan atau membawa diri kita kepada jalan yang boleh merosakkan akidah? sedangkan kita menyambut bagi memperingati ibu kita yang tercinta dan sebagai anak, kemampuan kita untuk menunjukkan penghargaan kepada siibu setahun sekali. menyambutnya dengan penuh keceriaan dan kasih sayang. lain cerita kalo sambutan Hari Kekasih, dok sambut dengan orang yang dah terang2 bukan muhrim.. membawa kejalan kesesatan dan maksiat ada ler.
kalo ada yang perasan dengan article yang pernah teman kongsi sebelum ni, berkenaan Penggunaan Perkataan Salam tentunya boleh memahami dan berfikir secara lebih mendalam dan lebih jauh. memang benar sebenarnya.. menyambut hari-hari seperti Hari Ibu mahupun Hari Bapa ni boleh membawa kita kepada kerosakan akidah.. TETAPI, perlulah kita membuat kawalan dan awasi. kita ni bak kata orang tu, Iman sehalus debu dumuka bumi Allah s.w.t.. dan jauh lagi nak dibandingkan dengan Iman walau dari para sahabat Nabi Junjungan Muhammad s.a.w. "Iman kita sekarang jangan kata sikit, walau sebutir debu pun masih jauh dari perbandingan para sahabat Nabi (Muhammad s.a.w).." - petikan kata2 dari seorang tokoh ugama.
jadi.. memang betul lah, sambutan Hari Ibu itu merosakan akidah? hmmm.. tepuk dada tanya selera. bagaimana kita menyambutnya dan bagaimana pulak kita membuat persepsi terhadap sambutan hari tersebut. jauhkan minda dari kuasa negatif.. lapangkan dada, tanya pada diri dan akal sendiri, Salah atau Tidak bagi kita menyambut Hari Ibu bersama insan tercinta ini? ..atau harus kita sambutnya setahun sekali dengan memberi penuh penghargaan kepada si ibu dan berterusan untuk setiap detik dan saat selagi hayat dikandung badan..?
sebagai manusia, kita diberi akal dan fikiran untuk membezakan mana yang dilarang, terlarang dan melarang. jika tujuan kita adalah untuk kebaikan, rasanya tak salah untuk kita memberi penghormatan kepada Ibu mahupuan Bapa, tetapi sekali lagi teman ingin ingatkan.. cara, persepsi atau pandangan diri kita terhadap sambutan yang ingin kita lakukan itu haruslah JELAS.. bukan sembarangan, semberono atau cincai. yang baik itu datangnya dari DIA yang Esa.. yang buruk itu semata2 ujud dari diri kita sebagai hambaNYA yang senantiasa kerdil lagi hina ~ wallahua'lam
~ Selamat Hari Ibu buat Ibuku dan Mertua yang tercinta.. semoga diberkati dunia & akhirat ~







akhirnya tiba saatnya
ReplyDeletehargailah ibu kita sementara mereka masih ada ;)
ReplyDelete@NOOR FATIN
ReplyDeletebetul tu.. :-g
Kalau yg berkata haram sambut hari ibu itu keluar dr mulut seorang yg mendalam ilmu agamanya...kenapa kita x blh terima?benda tu memang baik tp asal usul nya bkn dr islam,kenapa kita suka ikut budaya bkn islam?kalau betul kita sayang ibu...setiap hari kita menyayangi dan menghargainya...setiap hari kita berdoa utknya..kita blh sambut hari2 tanpa megikuti tarikh yg org bkn islam rayakan.kita buat cara kita sndr...kenapa nk tg bulan may?dihari lahir ibu kita juga blh smbut hr ibu kan..rosak akidah bkn shj pada benda yg haram atau kelihatan tidak baik...tapi juga pada benda2 baik tanpa kita sedari.itulah taktik secara halus,..
ReplyDeleteassalam, sy menghormati pandangan sesetengah pandangan alim ulamak yang mengharamkan hari ibu.. Ilmu agama sy amat sedikit kalau nak banding dgn alim ulama semua namun saya tak setuju meletakkan ia dalam kategori HARAM. berikut pandangan saya :
ReplyDelete1. islam mengajar umatnya menghargai/menyayangi ibu setiap masa sepanjang hayat..setiap hari sy mendoakan kan kesejahteraan, memohon diampunkan dosa ibubapa dan keluarga kepada Allah..itu cara kita menghargai mereka secara 'rohani'.
Tetapi dalam setahun, berapa kalikah kita menghargai nya secara 'zahir'? yakni melalui perbuatan spt belanja makan, hadiah & etc..dan kalau ada sekalipun, adakah kita rasa betul2 ikhlas?
Dalam setahun, berapa kalikah kita melukakan hati ibu kita secara sedar or tak sedar?
2. saya rasa yang menjadi issue di sini ialah tarikh sambutan Hari Ibu yang dikatakan terdapat unsur2 kristian tetapi yang saya tahu, lain negara lain tarikh sambutan nya..lainlah April Fool or Christmas yang tarikhnya memang fix..
3. Hari ibu, hari bapa, hari guru, earth day & sebagainya adakah semua ini ada unsur kristiniti?
Yang penting di sini ialah NIAT. apa2 perkara yang kita buat kerana 'Lillahi Ta'ala' dan ikhlas. bagi sy, Takde salahnya menyambut asalkan tidak mengikut cara dan budaya barat, ikut cara kita, cara islam.
##saya menghormati pandangan UAI dan saya mengagumi beliau tetapi kita jangan ambil pandangan seorang alim ulama sahaja, minta pandangan ustaz2 yang lain. Ini pandangan Imam muda Asyraf "
"saya hormati pandangan alim ulamak yg jauh lebih faqih dlm mengharamkan Hari Ibu, namun sy dgn rendah diri TIDAK bersetuju utk mengharamkannya..banyak perkara perlu diharamkan jika illahnya tasyabbuh..namun dawabit tasyabbuh yg diberi masih longgar'
assalamualaikum :)
mr.f
@Anonymous
ReplyDeleteitulah yg cuba saya sampaikan disini. niat dalam kita melakukan atau cuba melakukan sesuatu perkara dan sememangnya sahih hukum tetap hukum dan tak siapa boleh berdolak dalih dengannya.. sepertimana yg saya perkatakan diatas sebagai contohnya perkara berkenaan isu "mengguna perkataan Salam" semuanya terpulang kepada niat kita sendiri dalam menggunakan perkara itu namun sekali lagi perlu ditegaskan berkenaan dalam kita menerima dan menyampai pesanan. perlu penuh dan bukan main separuh2...